Showing posts with label Maori. Show all posts
Showing posts with label Maori. Show all posts

Sunday 25 August 2013

KENANGAN MANIS DI WAKAREWAREWA, NZ





Teringin ke sana lagi
Termenung sendiri, teringat kenangan ketika aku melawat ke sebuah perkampungan Maori di Rotorua, N. Zealand.
Wakarewarewa, nama kampungnya. Sebuah perkampungan modern yang masih memelihara tradisi masyarakat Maori. Baik dari segi pertuturan, cara penyediaan makan, malah cara mandi tradisional. Walaupun rumah masing-masing dilengkapi peralatan modern termasuk televisyen, microwave, vacum cleaner dan seumpamanya, persekitaran kampung tersebut dipenuhi kolam-kolam air panas. 

Ada yang digunakan untuk merebus sayur-sayuran, telur dan makanan. Ada pula khusus untuk mandi. Masing-masing mempunyai suhu yang sesuai untuk kegunaan yang ditetapkan.
Begitu juga oven yang dibina beberapa tingkat di dalam tanah. Oven tradisional yang dipanggil "hangi" ini kira-kira sebesar over modern. Tingkat paling bawah iaitu yang paling panas, selalunya digunakan untuk memanggang daging atau ayam dan seumpamanya, tingkat kedua pula untuk ikan atau kentang/keledek dan yang atas untuk jagung. Keledek sememangnya makanan utama kaum Maori, sama ada dibakar atau direbus. 

Kampung ini juga lengkap dengan dewan serbaguna di mana masyarakat Maori mengadakan pertunjukkan sempena menyambut para tetamu/pelancong. Para pelancong juga diberi peluang untuk turut serta dalam pelbagai aktiviti mereka termasuk menari, menyanyi dan memasak.

Mereka pun macam orang Malaysia, sangat peramah walaupun air muka nampak agak garang. Di kampung ini, sesiapa saja yang kita temui pasti tidak segan silu, malah tahu dan mahu memberi sebarang penjelasan yang di perlukan dan soalan yang ditanya.

Tapi jangan terkejut, jika mereka merapatkan dan menyentuhkan hidung mereka ke hidung kita sebagai salam perkenalan. Itu dipanggil "hongi"!!!