Teringin
ke sana lagi
Termenung
sendiri, teringat kenangan ketika aku melawat ke sebuah perkampungan Maori di
Rotorua, N. Zealand.
Wakarewarewa,
nama kampungnya. Sebuah perkampungan modern yang masih memelihara tradisi
masyarakat Maori. Baik dari segi pertuturan, cara penyediaan makan, malah cara
mandi tradisional. Walaupun rumah masing-masing dilengkapi peralatan modern
termasuk televisyen, microwave, vacum cleaner dan seumpamanya, persekitaran
kampung tersebut dipenuhi kolam-kolam air panas.
Ada yang digunakan untuk
merebus sayur-sayuran, telur dan makanan. Ada pula khusus untuk mandi.
Masing-masing mempunyai suhu yang sesuai untuk kegunaan yang ditetapkan.
Begitu
juga oven yang dibina beberapa tingkat di dalam tanah. Oven tradisional yang
dipanggil "hangi" ini kira-kira sebesar over modern. Tingkat paling
bawah iaitu yang paling panas, selalunya digunakan untuk memanggang daging atau
ayam dan seumpamanya, tingkat kedua pula untuk ikan atau kentang/keledek dan
yang atas untuk jagung. Keledek sememangnya makanan utama kaum Maori, sama ada
dibakar atau direbus.
Kampung
ini juga lengkap dengan dewan serbaguna di mana masyarakat Maori mengadakan
pertunjukkan sempena menyambut para tetamu/pelancong. Para pelancong juga diberi
peluang untuk turut serta dalam pelbagai aktiviti mereka termasuk menari,
menyanyi dan memasak.
Mereka
pun macam orang Malaysia, sangat peramah walaupun air muka nampak agak garang.
Di kampung ini, sesiapa saja yang kita temui pasti tidak segan silu, malah tahu
dan mahu memberi sebarang penjelasan yang di perlukan dan soalan yang ditanya.
Tapi
jangan terkejut, jika mereka merapatkan dan menyentuhkan hidung mereka ke
hidung kita sebagai salam perkenalan. Itu dipanggil "hongi"!!!
No comments:
Post a Comment