Wednesday, 9 April 2014

HEALTH ISSUES



It is Important to Maintain Good Health
There are over a billion people who don’t have access to health care so it is hard to ponder about global health issues that we are faced with at present without thinking back to this fact.
Here in Malaysia, there are great health care systems in place but there seems to be a lack of awareness about general health and diseases that can kill us, which could be treated if detected early. Malaysians should therefore take greater advantage of these health care facilities that are available to them to maintain good health and look after themselves.
Among the health issues face by most people in this country:                                                     
Cervical cancer
As many Malaysian women don’t have regular Pap smear test done, which should be part of their routine health checks, this topic was reported a lot in the media as many women suffer from cervical cancer which could have been detected earlier with the routine test.
Diabetes
This disease which doesn’t have cure is when the body doesn’t make or use insulin properly. It is estimated that there are 180 million people around the World who suffer from diabetes and the World Health Organisation (WHO) claims that it will almost double by 2030 without intervention.
There are more than 1.2 million Malaysians with diabetes with roughly 24,000 people with type 1 insulin dependent and 90 percent of the 1.2 million with type 2.
With the numbers of people who are obese increasing, it is clear that the numbers of those at risk of diabetes and those who are suffering from it, is also increasing. Being obese or overweight is a key factor to the raising numbers of people with diabetes.
Osteoporosis
Also known as the silent disease, osteoporosis affects many women. Asian women are the most vulnerable to this disease and that statistically only 25 percent will regain full control of the physical functions.
Over one million people in this country are at risk and it has also been predicted that over 50 per cent of osteoporotic fractures will occur in Asia by the year 2050.
Obesity
Obesity is a growing problem across the globe with 1.2 billion people classified as overweight and 250 million obese. Obesity in Malaysia was once relatively rare, but it is increasing significantly (especially among children) mainly due to people having an inactive lifestyle and excessive calorie intake.
The surge of obesity amongst children around the world, in short, foretells a global explosion of illnesses that will drain economies, produce enormous suffering and cause millions of premature deaths.
Dental Health
http://www.edgewater-dentist.com/wp-content/uploads/2009/11/children-dental-care.jpgDental health in Malaysia is a big worry as many Malaysians don’t appear to be aware of the importance in looking after their teeth and gums and this cavalier attitude means that they are risking complications such as gingivitis, cavities and gum disease.
On top of that, the Malaysian Ministry of Health announced that NINE out of ten Malaysians suffer from tooth decay and gum disease which is astounding, and it has been put down to ignorance by the Malaysia Oral Health Status Survey.
Early checkups and regular visits to the dentist can prevent gum disease and bad dental hygiene. So make sure to you brush your teeth two times a day, floss and use mouth wash on a daily basis.

PUNCA IRAMA DENGKUR...




Boleh Mendatangkan Masalah Tidur yang Serius


Dahulunya, ramai yang menganggap bahawa hanya golongan lelaki, orang yang gemuk atau golongan yang lebih tua sahaja yang berdengkur ketika tidur. Tetapi, kini ramai yang didapati berdengkur, tiada umur tentertu, malah kanak-kanak.
 
Berdengkur adalah bunyi bising bernafas ketika tidur. Ia berlaku apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Bagaimanapun, berdengkur biasanya tidak membahayakan.

Sebab-sebab berdengkur  
Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. - Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak. 
Tisu tekak yang besar dan tebal - Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Ini juga berlaku di kalangan orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.
Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang - Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.
Saluran pernafasan tersekat - Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.http://www.picturesof.net/_images_300/A_Young_Boy_Snoring_While_He_Sleeps_Royalty_Free_Clipart_Picture_090731-170189-922042.jpg
Komplikasi 
Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. 'Sleep apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.
Rawatan
Bolehkah dengkuran yang kuat disembuhkan?
Mendengkur yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, Dalam keadaan ini mereka sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah 'sleep apnea'.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur. Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam 'makmal tidur' perlu dilakukan bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.
Rawatan untuk dengkur
Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan "adenoid".R awatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.
Pencegahan
Petua untuk mengurangkan dengkuran:
  • Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
  • Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
  • Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
  • Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
  • Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
  • Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
  • Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang
Sumber: http://www.myhealth.gov

Tuesday, 4 February 2014

VILLA SENTOSA - DESTINASI MENARIK



Terkenang waktu kecil ketika di kampung
Villa Sentosa - akhirnya sampai juga hasrat untuk menjenguk ke rumah tradisional tersebut yang sudah terkenal sebagai The Malay Living Museum tu.
Villa Sentosa, Kampung Morten.
Sudah banyak saya dengar mengenai Villa Sentosa yang terletak di Kampung Morten, Melaka dan sudah bertahun-tahun ingin mengunjunginya.

          Mengenali salah seorang cucu tuan punya villa tersebut, memberikan kelebihan untuk berada di situ berjam-jam lamanya tanpa rasa kekok. Kedatangan kami di sambut mesra oleh Haji Ibrahim Hashim dan Embok Mah (Mak Cik Mah). Haji Ibrahim yang dahulunya bertugas sebagai veterinarian, kini saban hari melayani para pelancong yang berkunjung ke Villa Sentosa. Manakala Mak Cik Mah sememangnya tinggal dan menjaga villa berkenaan.
          Kemesraan itu bukan saja kerana kami mengenali dua beradik tersebut, tetapi begitu jugalah mereka menyambut para pengunjung lain. Haji Ibrahim akan membawa para pengunjung ke setiap pelusuk villa berkenaan sambil menceritakan susur-galur keluarganya, seni bina villa berkenaan serta mengenai bahan-bahan pameran di situ.
Haji Ibrahim memberi penerangan kepada para pelancong.
Anjung Villa Sentosa
          Walaupun kumpulan para pelancong silih-berganti, saya yang sudah kira-kira empat jam berada di situ, tidak puas-puas menjengok ke setiap sudut rumah berkenaan, membelek pelbagai peralatan lama yang dipamerkan. Sehinggakan ada ketikanya, fikiran saya hanyut ke zaman ketika masih kanak-kanak dulu terutamanya waktu-waktu bersama emak atau nenek (arwah)  ketika menjelang hari raya.
Seterika, acuan kuih muih dan barangan warisan.

Melihatkan seterika arang, acuan kuih-muih tradisional, pemukul telur, barangan tembaga, kukur kelapa, hampir segalanya membuatkan saya rindu ke zaman silam. Sudah lama tidak mengukur kelapa  dan telah berpuluh tahun tidak ‘membantu’ (sebenarnya menganggu) emak menyediakan kuih baulu menjelang musim perayaan. Kini segalanya mudah, kelapa parut dan santan dibeli di pasar, kuih baulu dibeli daripada jiran yang memang tauke baulu.
Gong berusia lebih 200 tahun,  peti barang dan peralatan lain.
         Memang banyak barang pameran di Villa Sentosa, antaranya berusia antara 100 hingga 200 tahun tersimpan di rumah yang kini telah berusia lebih 90 tahun itu. Di suatu ruang, terdapat satu gong yang tergantung berusia lebih 200 tahun, himpunan piring hitam tahun 1950an, al-Quran dan  almari antik berusia lebih 100 tahun, kamus Inggeris-Arab terbitan tahun 1926 dan pelbagai tembikar.
Set teko dan cawan warisan keluarga.
                                                   Terdapat juga himpunan pinggan mangkuk berusia lebih 100 tahun dari England, China, Itali dan Perancis.  Ada yang tersimpan di dalam almari cermin, dan ada pula yang tersusun kemas di atas meja yang dipamerkan. Selain pelamin, terdapat juga koleksi pakaian tradisional pengantin berusia lebih 20 tahun dan bilik pengantin tradisional yang telah digunakan sebanyak lebih 20 kali oleh waris-waris keluarga itu.
Katil bujang.
Pelancong mengambil peluang 'bersanding; di pelamin.
Pakaian pengantin.

Mak cik Mah sedang menggantikan kelambu katil pengantin,
Selain bahan-bahan pameran, rekabentuk rumah tersebut juga sangat menarik. Ia mempunyai reka bentuk rumah unik serta menghimpunkan pelbagai sejarah berusia lebih suku abad lalu. 
      Villa Sentosa adalah sebuah rumah yang terletak di Kampung Morten, satu-satunya kampung Melayu yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Dibina pada suku pertama abad ke-20 dengan gaya reka bentuk sezaman, rumah itu kemudian dijadikan sebuah muzium persendirian oleh pemiliknya, Tuan Hj. Hashim bin Dato Demang Hj. Abdul Ghani. 
    Rumah itu diubah suai menjadi muzium peribadi bagi menampilkan sembilan generasi keluarga itu. Villa Sentosa mula dibuka untuk pameran pada Disember 1991.
Para pengunjung bukan saja sekadar mendengar penerangan Haji Ibrahim malah  boleh bertanya terus sekiranya mahukan lebih maklumat mengenai keluarga ataupun villa tersebut. Ini kerana Haji Ibrahim memang seorang yang peramah dan mesra serta berpengetahuan mengenai susur-galur keluarganya serta latar belakang bahan pameran yang pelbagai milik keluarganya di villa tersebut. Para pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran, bagaimanapun mereka boleh memberi sumbangan sebagai usaha membantu keluarga ini untuk menampung keperluan memulihara dan menguruskan villa tersebut. 

Katil di bilik pengantin.

Kampung Morten merupakan sebuah kampung tradisional Melayu yg lokasinya menghadap betul2 Sungai Melaka. Kira-kira 100 buah rumah tradisional lama terdapat di kampung ini dan dipelihara dengan baik.   
Haji Ibrahim melayan para pelancong.
 Perkampungan yang wujud sejak tahun 1920-an itu diberikan nama Kg. Morten sempena mengambil nama J.F Morten iaitu salah seorang pengawai tanah British di Melaka pada zaman dahulu yang mencari kawasan sesuai untuk penempatan penduduk yang  dipindahkan dari Kampung Jawa oleh kerajaan jajahan British.

 Puas mendengar pelbagai cerita dari Haji Ibrahim, saya duduk bersantai di tangga rumag tersebut, sambil memerhatikan bot-bot River Cruise yang menelusuri Sungai Melaka, yang mana terletak di hadapan rumah dan kampung tersebut. 


Perkhidmatan River Cruise menelusuri Sungai Melaka boleh dilihat dari Villa Sentosa.
Sambil menikmati ketenangan di situ, sambil memerhatikan para pengunjung yang silih berganti, saya terperasan, kebanyakan yang mengunjungi Villa Sentosa terdiri daripada pelancong asing. 

Apakah pelancong tempatan tidak berminat? Atau mereka merasakan, Villa Sentosa tidak cukup menarik untuk lawatan keluarga? Hakikatnya, banyak yang boleh dipelajari dan diketahui oleh anak-anak generasi kini di Villa Sentosa.
          Jika River Cruise dan Menara Taming Sari serta beberapa destinasi lain yang mengenakan bayaran itu mampu dikunjungi, kenapa tidak anda kunjungi Villa Sentosa?

Saturday, 25 January 2014

BONEKA KEPALA SINGA



Sifu siow terkenal  di seluruh dunia

Sifu Siow menunjukkan boneka kepala singa yang hampir siap.
Pertama kali bertemunya, seseorang pasti akan teringatkan wajah guru kungfu seperti yang pernah di tonton di dalam filem. Air mukanya tenang. Dia bukan saja peramah, malah wajahnya sentiasa manis dengan senyuman. Matanya bersinar keceriaan tetapi mempamerkan kelembutan.

Siow Ho Phiew, menyambut kedatangan kami dengan penuh mesra. Sambil bersalaman, dia menjelaskan bahawa dia tidak begitu fasih berbahasa Malaysia, “sekadar bahasa pasar bolehlah,” katanya. Seorang yang rendah diri, tidak siapa akan menyangka bahawa kepakarannya dalam tarian singa dan pembuatan boneka boneka kepala singa telah menjadikannya seorang guru tarian singa yang disegani di dunia.

Lebih terkenal dengan panggilan Master Siow atau Sifu Siow,57, beliau bukan saja pernah melatih kumpulan Tarian Singa dari Muar Johor, Selangor, Kedah, Sabah dan  Sarawak, malah melahirkan kumpulan juara dunia tarian singa.

Beliau juga pernah melatih kumpulan-kumpulan tarian singa dari serata dunia termasuk China, Macau, Hong Kong, Indonesia, Thailand, Mauritius, Australia, Jepun, Kanada, Amerika Syarikat, Sepanyol dan New Zealand.  Beliau sering dijemput menjadi juri bagi pertandingan-pertandingan tarian singa. Malah, boleh dikatakan 70 peratus daripada juri dalam kebanyakan pertandingan tarian singa terdiri daripada anak muridnya.

Menyediakan bingkai boneka kepala singa.
Melangkah masuk ke dalam bengkelnya di Subang 2, Shah Alam, anda akan dapat melihat berpuluh buah boneka kepala singa yang sedang dibuat, masing-masing pada peringkat tertentu. Ada yang siap dibalut, ada yang sedang di pasang bulunya manakala banyak lagi bingkai yang kelihatan tergantung menantikan proses seterusnya. Kelihatan para pekerjanya masing-masing sedang sibuk membentuk rotan untuk bingkai boneka kepala singa, memasang bulu dan mewarnakan corak.

Menceritakan pembabitannya dalam pembuatan boneka kepala singa,Sifu Siow memberitahu bahawa semasa kecil dia suka menonton cerita kung fu dan juga melihat persembahan tarian singa yang pada ketika itu hanya boleh ditonton ketika musim perayaan Tahun Baru Cina.

Beliau menyertai kumpulan tarian singa ketika berumur 18 tahun. Ia bermula apabila beliau mendapat tahu bahawa salah seorang kawan bapanya adalah seorang guru kungfu. Selepas mendapat kebenaran bapanya, dia mempelajari seni mempertahankan diri Southern Shao Lin daripada kawan bapanya itu.

“Di situlah, saya berpeluang menyertai kumpulan tarian singa. Dalam tempoh kurang lima tahun, saya sudah menjadi pembantu jurulatih dan menjadi Master ketika berusia 24 tahun,” katanya sambil mengakui minatnya yang mendalam serta kegigihannya telah memungkinkan pencapaiannya itu.

"Pada awalnya, saya hanya mengajar tarian singa secara sambilan kerana saya
bekerja sebagai petani. Latihan tarian singa memerlukan pengorbanan dan
komitment yang tinggi,” tambah beliau yang terpaksa menghadiri latihan sebanyak
dua hingga tiga kali seminggu selepas penat bekerja di kebun.

Mewarna dengan teliti.
Cintanya terhadap tarian singa semakin mendalam sehingga beliau menyifatkan tarian singa sudah menjadi darah dagingnya sehinggalah ke hari ini, beliau bukan saja aktif memberi latihan tarian singa malah mempunyai perniagaan  membuat boneka yang terkenal sehingga ke luar negara. Segalanya bermula ekoran boneka kepala singa sulungnya yang dibeli dari China telah lama dan rosak.

Menceritakan mengenai penglibatannya dalam pembuatan boneka kepala singa, dia memberitahu bahawa dia terpaksa memperbaiki dengan menampal boneka kepala singa sulungnya tersebut setiap kali ia rosak. Sehinggalah, suatu hari dia mengambil keputusan untuk cuba membuatnya sendiri.

“Puas saya renung selama berjam-jam, membelek dan menkaji bahagian dalam boneka kepala singa itu untuk mengetahui sedikit sebanyak selok-belok pembuatannya dan memikirkan cara-cara untuk menambahbaikkannya,” jelas beliau.

Sifu Siow mendapati reka bentuk boneka kepala singa yang dibuat dari China dan
itu agak berat dan boleh menyebabkan kecederaan kepada para penari. Beliau
kemudiannya mengdaptasi reka bentuk asalnya dan menambahbaikkan kualitinya
dengan reka bentuknya sendiri. Hari ini, Sifu Siow boleh berbangga kerana pereka
di negara China pula yang  mahu meniru seni kraf beliau.

Boneka kepala singa dari China diperbuat daripada buluh yang bukan saja mudah patah bila dibentuk, malah mudah dirosakkan serangga dan ulat. Jadi, beliau menggunakan rotan untuk kebanyakan bahagian bingkai boneka kepala singa buatannya. Peralatan lain termasuklah aluminum, kain kasa, kertas khas yang diperbuat daripada buluh, bulu arnab dan  biri-biri.
Anak Sifu Siow membantu di kedai.

Boneka kepala singa yang pertama dibuatnya tidak sebaik yang diharapkan namun lama-kelamaan beliau berjaya. “Boneka itu memang cantik tetapi agak berat dan tidak praktikal untuk digunakan. Saya terus mencuba dan mencuba untuk beberapa kali sehinggalah memuaskan hati. Rakan saya turut tertarik dan meminta saya menghasilkan untuknya,” jelas Sifu Siow.

Sejak itu, boneka kepala singa buatannya mula dikenali ramai dan mendapat tempahan sehinggalah akhirnya beliau membuat keputusan untuk memulakan perniagaan dengan menubuhkan syarikat yang diberi nama Wan Seng Hang (WSH) Dragon &Lion Arts pada tahun 1986.Syarikatnya yang kini mempunyai seramai 20 orang pekerja menghasilkan kira-kira 500 buah boneka kepala singa setiap tahun. Setiap boneka kepala singa boleh disiapkan di antara tujuh hingga 10 hari. Terdapat kira-kira 10 jenis kostum kesemuanya.

Sifu Siow telah mereka bentuk boneka kepala singa Wan Seng Hang dengan identiti sendiri dalam dunia pembuatan kraf ini. Contohnya, seseorang yang mahu menempah seumpama kraf ini di China akan ditanya mengenai seni reka yang diinginkan, dari China atau Singa Wan Seng Hang dari Malaysia. Kini, kumpulan Tarian Singa dari China juga merupakan pelanggannya. Sifu Siow bukan sahaja menerima tempahan dari Amerika, Taiwan, Singapura dan negara-negara Eropah, bahkan China, negara asal tarian itu, juga ada mengimport boneka kepala singanya.

Beliau menerima tempahan sepanjang tahun 
dan permintaan meningkat beberapa bulan 
sebelum sambutan Tahun Baru Cina, dan merupakan masa yang paling
sibuk bagi beliau dan anak-anak buahnya. Kebanyakan tempahan datangnya dari
 Persatuan-persatuan Tarian Singa seluruh dunia. Harga satu set kostum
 tarian singa ialah di antara RM1,800 hingga RM2,000.

Selain anak-anaknya yang menolong dalam operasi harian di syarikatnya, Sifu Siow mengakui tidak susah untuk mendapat pekerja kerana generasi muda yang datang belajar daripadanya, sangat berminat dalam seni kraf tersebut. Jadi, beliau mudah memenuhi jemputan untuk sama ada mengajar tarian singa, menjadi juri atau menyertai seminar di dalam dan luar negara kerana yakin dengan para pekerjanya dalam melaksanakan tugas harian.

Beliau yakin bahawa persembahan Tarian Singa mempunyai masa depan yang cerah. “Lihat sajalah Pertandingan Tarian Singa Genting yang dianjurkan, saban tahun lebih banyak pasukan dari seluruh dunia yang menyertainya.